"Tribute... S.Roomai Noor". Peranannya Memajukan Filem Malaysia Sepatutnya Di Hargai. Update: 15/3/2021

i. Nasib ii. Berdosa iii. Selamat Tinggal Kekasehku iv. Bayangan DiWaktu Fajar v. Orang Minyak
Sumber (Youtube): Hp * edLOKfc * Hp * HP * edLoKfc

Wednesday, June 28, 2017


50 TAHUN FILEM MALAYSIA & SINGAPURA


Teks: Muszaili Mustafar, Aidalina Mustafar & Zaini Yusop
Foto: Dari Pelbagai Sumber Di Internet
Di Edit, Di Semak & Di Susun: Mustafar A.R.


<< PERHATIAN >>
MENCIPLAK APA SAHAJA ARTIKEL TERDAPAT DALAM
BLOG INI SANGAT DIALU-ALUKAN. NAMUN UNTUK
MENGHORMATI SUSAH PAYAH KAMI MENGHASILKANNYA
DIHARAP PENCIPLAK MENCATATKAN FILEM KLASIK
SEBAGAI SUMBER IANYA DICIPLAK - MUSTAFAR A.R.




50 TAHUN FILEM MALAYSIA & SINGAPURA
Oleh: Mustafar A.R.



Kebiasaannya, buku sudah siap baru ada ulasan (review). Agak berbeza dengan 50 Tahun Filem Malaysia & Singapura, buku belum siap tetapi ulasan sudah ada. Inilah untungnya kalau aku sudah ada blog sendiri. Boleh buat promosi
lebih awal.

Dalam perancangan, buku ini akan dibahagikan kepada 3 bahagian - Bahagian 1 (1930-1950), Bahagian 2 (1950-1960) dan Bahagian 3 (1960-1980). Bahagian 1 diterbitkan dahulu, kemudian disusuli dengan yang lain-lain. Setiap buku mengandungi 124
muka surat.

Bahagian 1, dilancarkan pada satu tarikh akan ditetapkan kemudian. Ia dipenuhi dengan ulasan lengkap mengenai 17 filem bahasa Melayu yang dikeluarkan sepanjang awal tahun 1930 hingga penghujung tahun 1949, iaitu sebelum melangkaui tahun 1950.

1. Leila Majnun
2. Mutiara
3. Bermadu
4. Toping Saitan
5. Hanchor Hati
6. Ibu Tiri
7. Terang Bulan Di Malaya
8. Menantoe Doerhaka
9. Tiga Kekaseh
10. Seruan Merdeka
11. Singapura Di Waktu Malam
12. Chempaka
13. Pisau Berachun
14. Chinta
15. Noor Asmara
16. Nasib
17. Nilam

Disamping itu, disenaraikan juga filem-filem keluaran studio Malay Film Productions, studio Cathay Keris Film dan studio Merdeka Film Productions, bagi memudahkan semua peminat filem Melayu membuat rujukan bagi memperolehi fakta yang kesahihannya
tetap terjamin.

Dengan adanya buku 50 Tahun Filem Malaysia & Singapura ini, diharap dapat membantu mengunggulkan penulisan sejarah filem Melayu dimasa-masa mendatang.

Di bawah, disiarkan petikan 4 filem menarik terkandung dalam buku ini yang pastinya sedang ditunggu-tunggu oleh peminat tegar filem Melayu di Malaysia dan Singapura, mungkin juga Indonesia
dan Brunei.

1. Leila Majnun
2. Mutiara
3. Toping Saitan
4. Seruan Merdeka

Strolllah...






Tawaran Istimewa Bermula Dari 12/4/2017 Hingga 12/4/2018.

Kini diterbitkan sebulan sekali tidak dua minggu sekali.

Kini, Dalam proses penyelenggaraan.


12+1 LAGU TERBAIK RAFEAH BUANG

# ULASAN & KRITIKAN___
* LEILA MAJNUN * MUTIARA * SERUAN MERDEKA
* SINGAPURA DI WAKTU MALAM
* CHEMPAKA * DEWI MURNI * PELANGI * CHEMBURU
* BULOH PERINDU * IMAN * PANGGILAN PULAU * PONTIANAK
* SUMPAH ORANG MINYAK * SELENDANG DELIMA * HANG JEBAT
* LANCHANG KUNING * SELENDANG MERAH
* BAYANGAN DI WAKTU FAJAR * JAMBATAN MAUT
* LAIN JALAN KA-SHORGA
* GELORA * PERMINTAAN TERAKHIR * CINTA DAN LAGU
* WUTHERING HEIGHTS * CREATURE FROM THE BLACK LAGOON
* SHANE * LOVE IS A MANY-SPLENDORED THING
* BATTLE HYMN * THE BRAVADOS * RASHOMON * CINTA PERTAMA

# 5 ARTIKEL POPULAR___
(SETAKAT 28 Jun 2017)
* PERGIMU TAKKAN KEMBALI LAGI 182,470
* SEKSI SELEBRITI MALAYSIA 180,509
* SEKSI SELEBRITI INDONESIA 179,465
* SELAMAT PENGANTIN BARU 69,176
* FILEM BOLLYWOOD TERHEBAT 29,851





P.RAMLEE & SA'ADIAH DALAM HANG TUAH


FAKTA, SESUATU YANG BENAR
Oleh Zaini Yusop



Sejak sekian lama Aku perhatikan, fakta sejarah filem Malaysia dan Singapura (dulu Malaya) berada dalam keadaan yang tidak menentu, bercelaru dan mengelirukan. Buku-buku filem yang ada sekarang terutama yang diterbitkan oleh Finas tidak membawa kebaikan jika dijadikan rujukan oleh mereka yang mahu menulis mengenai sejarah filem Malaysia dan Singapura.

Kesalahan yang ada tetap terus salah sekiranya pembetulan tidak dibuat. Mereka pasti beranggapan buku-buku Finas sempurna, padahal ia adalah sebaliknya.

Justeru itu, Aku merasakan sesuatu harus dilakukan. Dengan kaji selidik yang dimulakan pada tahun 2010, terhasillah apa yang terdapat dalam buku ini.

Memang, Aku akui, apa yang tercatat tidaklah 100% tepat, tetapi setidak-tidaknya jika dijadikan rujukan ia boleh diiktiraf kesahihannya 90% betul.

Contoh pertama: Kesilapan berpanjangan terjadi, apabila buku EKSPLOITASI TERHADAP BINTANG FILEM (1938-74) yang ditulis oleh Zulkifli Ahmad, membuat kesilapan cetak di muka 110 seperti berikut: Filem "Menyerah" pelakon P.Ramlee, Sa'adiah, Ahmad Mahmood dan Zaiton. Itu sebenarnya untuk filem "Hang Tuah" arahan Phani Majumdar.

Sungguhpun, buku tersebut diterbitkan pada tahun 1981, namun sampai sekarang pun kesilapan demi kesilapan terus berlaku. Paling dikesalkan, sampul VCD/DVD "Menyerah" tercatat sebagai salah sebuah filem P.Ramlee.

Ini disebabkan tidak ada satu pun buku yang boleh dibuat rujukan, disamping syarikat perniagaan VCD/DVD itu, Music Valley, malas mahu membuat kaji selidik, lantas mengunakan terus catatan Zulkifli Ahmad yang ternyata silap.

Begitulah sebahagian petikan Kata Pendahuluan oleh Mustafar A.R. yang terdapat dalam buku 50 Tahun Filem Malaysia & Singapura yang akan diterbitkan oleh MZA terbit Enterprise tidak lama lagi.

Kata Mustafar A.R. lagi: "Diharap dengan adanya 3 buah buku ini, penulisan apa saja mengenai filem samada buku, akhbar dan laman web atau blog akan menjadi lebih unggul dan boleh diterima kesahihan faktanya tanpa dipertikaikan."





FATIMAH JASMAN & SUKI NOORDIN

LEILA MAJNUN


LEILA MAJNUN DIUSAHAKAN RAKYAT INDIA



B.S.Rajhans memulakan penggambaran filem “Leila Majnun” di penghujung tahun 1932 (tidak pula dapat dipastikan tarikh yang tepat) dan berakhir pada bulan Disember 1933. Oleh yang demikian, ia boleh dianggap sebagai filem Bahasa Melayu (cerita) yang pertama keluaran Malaya ketika itu, kini terbahagi dua - Malaysia & Singapura.

Sebelum "Leila Majnun" ini difilemkan, sudah terdapat empat filem "Leila Majnun" di India. Satu, dikeluarkan pada tahun 1922 (bisu); kedua, tahun 1927 (bisu); ketiga tahun 1931 (suara) arahan J.J.Madan yang turut mengeluarkan filem "Satyawadi Raja Harishchanda", "Shakuntala" dan "Shirin Farhad"; dan keempat tahun 1931 (suara) yang diarahkan oleh Kanjibhai Rathod.

B.S. Rajhans memang sudah terkenal apabila dia mengarahkan dua filem yang mendapat sambutan hangat - "Krishnabarna Tirandaz" (1930) dan "Gupta Ratna" (1931). Dia didatangkan dari Calcutta (kini Kalkota) ke Singapura.

Agak menarik, iklan mengenai filem (ejaan "Leila Majnu") yang diarahkan oleh J.J.Madan ini terdapat dalam akhbar dan mencatatkan tayangannya di panggung wayang Tivoli, Singapura. Filem tersebut dalam Bahasa Urdu.

Seth (Rai Bahadur Seth) dan Chamria (Hurdutroy Motilal Chamria) daripada Motilal Chemical & Co. yang beribupejabat di Bombay (kini Mumbai) bukanlah syarikat filem yang sebenar, perniagaannya lebih tertumpu kepada penjualan dan pengedaran alat-alat perfileman (contoh: karbon lampu projektor) ke seluruh Malaya.

Bagaimanapun, untuk “Leila Majnun” difilemkan mereka telah menubuhkan Indo-Malay Talkies pada bulan Mei 1933 bertempat di Lions Gate, Pasir Panjang Road, Singapura.

Dengan itu jelaslah sudah, produser dan pengarah filem dalam Bahasa Melayu yang pertama di Malaysia dan Singapura bukanlah rakyat Malaysia dan Singapura tetapi terdiri dikalangan Bangsa India datangnya dari India.





YEM & TINA DALAM MUTIARA

TOPING SAITAN & MOMO

SALLEH GHANI & ROKIAH HANAFFI DALAM SERUAN MERDEKA

MUTIARA

Jika di nilai dari dua tulisan di atas, ternyata terdapat dua pendapat yang jauh berbeza. The Straits Times lebih menumpukan aspek persembahan dan kualiti filem manakala Warta Jenaka lebih menitiberatkan kesesuaiannya terhadap adat resam orang-orang Melayu.

The Straits Times memuji dengan tajuk MALAY FILM A SUCCESS, Warta Jenaka pula filem "Mutiara" itu tidak memuaskan hati.

Bagi Penulis, tidak boleh cakap apa-apa pun dan tidak boleh buat ulasan kerana Penulis sendiri tidak pernah menonton filem ini.

Apa yang dapat Penulis beri pandangan (berdasarkan jalan ceritanya), moral cerita filem ini sangat tinggi.

Berdasarkan apa yang Penulis baca, kebanyakan penggambaran filem ini dilakukan di luar studio - pantai yang dihiasi pokok kelapa, stesen keretapi (tidak jelas samada Tanjong Pagar atau Bukit Timah), tempat hiburan dan kabaret serta juga balai polis. Ia mengambil masa dua bulan untuk menyudahkannya.

Filem ini, dibintangi oleh Haron Elias sebagai nelayan, Miss Tina (penyanyi keroncong dari Medan) berusia 20 tahun berperanan sebagai anaknya (heroine) dan heronya Yem, berlakon sebagai pemegang amanah harta.

Crook (villain) di bawakan oleh Hackeekun, juga pelakon terkenal pada masa itu.

Filem ini yang panjangnya lebih 10,000 kaki, bercorak komedi-drama ditambah dengan romance (percintaan) merupakan yang pertama dikeluarkan oleh Shaw Brothers dalam Bahasa Melayu atau pun Bahasa-Bahasa lain.

TOPING SAITAN

"Toping Saitan" (ejaan sekarang "Topeng Syaitan", di Indonesia "Topeng Setan") atau dalam Bahasa Inggerisnya "The Devil's Mask" ialah filem bercorak penggembaraan.

Ia dikeluarkan berikutan filem-filem Indonesia bercorak demikian mendapat sambutan memerangsangkan.

Salah satu filemnya, "Gagak Item" ("Gagak Hitam") yang dibintangi oleh Raden Mochtar dan Rokeiah.

Setelah dua filem (Mutiara dan Bermadu) heroinenya Tina, kali ini Shaw Brothers mengemukakan Momo sebagai heroine, dan dia digandingkan dengan A.Rahman (atau terkenal juga dengan nama Rahman Cantik) sebagai hero.

Bagaimanakah corak persembahan filem ini, tidak jelas kerana filemnya sudah ghaib. Adakah ia lebih baik jika dibandingkan dengan "Mutiara" dan "Bermadu"?

Begitu pun juga, ia bolehlah disamakan dengan filem Hollywood, "The Mark of Zorro" (1940), yang dibintangi oleh Tyrone Power dan Linda Darnell.

Jika diperhatikan iklannya, filem ini menggunakan kuda sebagaimana Zorro melakukannya. Berkesankah gambarannya? Tidak dapat dipastikan.

Apa yang nyata, filem ke-3 Shaw Brothers ini mendapat sambutan menggalakkan. Ramai yang datang menonton, panggung wayang penuh sesak.

SERUAN MERDEKA

Sayang sekali, filem ini (juga bertajuk "Voice of Freedom" atau "Call of Freedom") ghaib. Aku sendiri tidak pernah menontonnya. Kerana itu, sudah tentu menyukarkan Aku membuat ulasan.

Apa yang nyata (apabila berakhirnya perang dunia ke-2) pada tahun 1946, filem Melayu mula diusahakan kembali setelah "Menantu Durhaka" (ejaan digunakan dalam filem "Menantoe Doerhaka") tersangkut kerana perang dunia ke-dua tetapi berjaya juga disiapkan. Tayangan di Queens Theatre, Geylang bermula pada 30 Mac tahun 1946.

Chisty bersama rakan kongsinya (Chia dan Samy) menubuhkan syarikat filem Malayan Arts Productions, dan beroperasi di pejabat mereka yang terletak di Kandahar Street, Singapura.

Satu kawasan di Istana Kampung Gelam dan sebuah rumah di Lorong 26, Geylang telah disewa bagi membangunkan setting untuk penggambaran yang dijadualkan mengambil masa 5 bulan menyelesaikannya.

Sebelum penggambaran, pelakon-pelakon yang berperanan penting dikehendaki berlatih di panggung wayang Royal, North Bridge Road dan juga di Istana Kampung Gelam.

Lama juga latihan dijalankan barulah penggambaran dimulakan iaitu pada 5 Mac 1947.


# Update akan dilakukan dari masa ke masa.



ANDA MUNGKIN JUGA MEMINATI


FILEM KLASIK MALAYSIA
berapa banyakkah yang masih ada?


SIPUT SERAWAK
begitu kecewa gagal jadi pengarah filem

A.R. TOMPEL
lawaknya mencuit dan menggelikan hati

R. AZMI
berada dalam kamar sepi dalam kesepian

AHMAD MAHMOOD
ahmad mahmood bintang di langit seni

LATIFAH OMAR
ikon era gemilang filem melayu


SALMAH AHMAD
kejelitaannya terletak didagu, ya tak?




33 comments:

  1. Assalamualaikum admin... Saya noor.. Saya ingin bertanya siapakah nama pelakon yang memegang watak sebagai tun mamat di dalam filem puteri gunong ledang 1961 ???.terima kasih admin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Namanya Mazlan Ahmad. Mula diperkenalkan bersama Fatimah Ahmad oleh pengarah S.Roomai Noor dalam "Lela Satria." Diperingkat awal L.Krishnan sepatutnya mengarahkan "Puteri Gunung Ledang" tahun 1961 itu, tetapi S.Roomai Noor mengambilalih apabila L.Krishnan pindah ke Studio Merdeka Film, Kuala Lumpur dan mengarahkan "Tun Tijah".

      Delete
    2. Ohh.. Mazlan ahmad.. Saya sudah cuba taip di google nama 'mazlan ahmad' ni tapi tiada info mengenai beliau.. Macam macam saya taip berkaitan nama beliau namun tiada info juga yang ditemui.. Terima kasih admin..

      Delete
    3. Menurut kajian saya, Mazlan Ahmad adalah segelintir artis filem Melayu klasik kita bak pelita yang cahayanya terang cuma seketika tetapi terus padam bila ia ditiup angin. Yang lainnya termasuk Z. Roslee, Ghazz Shariff, Arman Yadi, Ismail Mahmud, A. Rymie, Allahyarham Bab Mustafa. Golongan ini mempunyai bakat yang boleh menyerlah tetapi selepas beberapa filem, mereka menghilang. Cuba kita baca artikel dalam majalah-majalah hiburan lama & ikuti klip filem-filem lakonan mereka. Apa komen En Mustafar? Siapa-siapa lagi seniman-seniwati lama dalam golongan ini yang saya terlepas pandang & tidak sebut di sini?

      - nonama

      Delete
  2. Saya ada terbaca, filem "Seruan Merdeka" dipadankan dari buku "Seruan Merdeka" karya Salleh Ghani. Saya juga ada terbaca, buku "Seruan Merdeka" dipadankan dari filem "Seruan Merdeka". Mana satu yang betul Encik Mustafar? - Hasmah Hashim, Putrajaya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang betul, buku "Seruan Merdeka" dipadankan dari filem "Seruan Merdeka". Ini sama juga dengan "Toping Saitan" (Topeng Syaitan) dijadikan buku dipadankan dari filem "Toping Saitan". Bezanya, "Seruan Merdeka" dalam tulisan jawi diterbitkan di Singapura, manakala "Toping Saitan" dalam tulisan rumi diterbitkan di Jakarta, Indonesia.

      Delete
    2. Jelas, pengetahuan Encik Mustafar mengenai filem sangat luas. Saya kagum - Shariff.

      Delete
  3. Saya dapati ulasan ringkas 50 Tahun Filem Malaysia & Singapura, sangat menarik. Ini menandakan bukunya yang akan diterbitkan tidak lama lagi itu, pastinya lebih menarik lagi. Pastinya juga, mengandungi info dan fakta yang boleh diyakini. Saya salute Encik Mustafar A.R. kerana mampu menerbitkan sebuah buku filem yang dijangka akan menjadi rujukan kepada sesiapa saja yang meminati filem Melayu terutama filem lama yang sudah dianggap klasik - Juliana, S'pore.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju. Saya bersama Juliana - Rozanna, P.Pinang.

      Delete
  4. Terlebih dulu saya ucapkan tahniah kepada Encik Mustafar A.R. kerana berusaha gigih, sejak sekian lama (tidak pernah ada seorang pun seperti Encik Mustafar), untuk memperbetulkan fakta sejarah filem Malaysia dan Singapura dari tahun 1930 hingga 1980. Saya sudah baca buku "Nostalgia Filem Melayu Klasik" dan buku "Jejak Terbilang" yang Encik Mustafar review dalam blog filemklasikmalaysia ini, dan ternyata ia memang sangat mengerunkan. Saya kira, tidak sepatutnya, Finas, sebagai sebuah ajensi Kerajaan yang menjaga hal ehwal dan kepentingan filem di Malaysia menerbitkan dua buku filem seburuk itu. Kini, saya sedang mengusahakan buku mengenai sejarah filem Malaysia dari persepsi saya sendiri, dan saya menunggu terbitnya buku "50 Tahun Filem Malaysia & Singapura" bagi mendapatkan fakta yang tepat sebelum saya meneruskan usaha tersebut yang dijangka akan menambahkan lagi jumlah buku mengenai sejarah filem Malaysia, juga Singapura - Jaafar Jasman (via e-emel), UiTM, Kota Kinabalu, Sabah.

    ReplyDelete
  5. Yang mana lebih betul - Filem Melayu Klasik atau Filem Klasik Melayu? Apa pun, kalau disebut 50 TAHUN FILEM MELAYU & sejarahnya, ia LEBIH menjurus kepada Singapura daripada Malaysia (dulu Malaya). Singapura adalah tunggaknya, manakala Malaysia hanya sekadar "hinterland" atau pendalamannya saja. Singapura adalah PENCETUS, Malaysia/Malaya hanyalah sekadar EKOR saja. Para produser dulu-dulu lagi - Chisty, Shaw, Ho Ah Loke, Loke Wan Tho - semuanya memilih Singapura yang jauh lebih terdepan, lebih "happening" dengan prasarana & urus niaga yang licin. Singapura bukan suatu keajaipan, fenomena, magis atau lebih sempurna. Aset Singapura adalah sokongan & back up yang ia terima dari segi komersial, kewangan, teknikal yang sentiasa cepat & tersedia atas faktor-faktor demografi, "governance & compliance", pemerintahannya dll berbanding Malaysia/Malaya. Kenapa tiada seorang pun produser Melayu waktu itu? Memang menjadi lumrah - kaum Melayu sentiasa 'kais pagi makan pagi, kais petang makan petang' walau diberi pelbagai macam peluang. Faktor agama juga memainkan peranan secara tidak langsung. Mungkin kerana Islam tidak begitu membolehkan hiburan yang sewenang-wenang. Antara minda Melayu yang negatif ialah mengagung-agungkan yang asing daripada hasil dalam negeri. Thread perbincangan ini boleh difikirkan bagi yang berminat. Yang pentingnya, dunia perfileman Melayu dulu, walau tidak sebesar & sehebat Hollywood, Bollywood atau Pinewood (studios), ia tetap menarik & diwarnai dengan bermacam ragam kisah & cerita.

    - nonama

    ReplyDelete
  6. TUKARAN LAIN (Next Change) & AKAN DATANG (Coming Soon) dalam blog "Filem Klasik" kali ini agak slow & merudum.
    ~ Mungkin En Mustafar terlalu sibuk.
    ~ Moga-moga En Mustafar sihat wal-afiat.

    Salam hormat :
    - CT KASSIM (penjenamaan-semula)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Slow dan merudum, CT Kassim?
      Sikit masa lagi bukan saja slow tapi akan merudum.
      Saya menerima banyak e-mel bertanyakan tentang saya tidak seaktif dulu.
      Sebab yang saya berikan, masalah kesihatan terutama mata.
      Sebenarnya, banyak artikel menarik dan berinformatif sudah saya draf tapi tidak dapat disiapkan untuk siaran.
      Ini kerana FK merupakan 'one man show', Zaini sekadar membantu saja. Kalau saya aktif, aktiflah dia. Kalau tidak, tidaklah...
      Antara artikel yang didraf itu:
      1. Panggung Wayang Di Kuala Lumpur
      2. Mustapha Maarof Dari Kacamata Mustafar A.R.
      3. Ibuku Pun Popular Juga.
      4. Filem 6 Jahanam Versi Ustaz Auni Mohammed.
      5. Hussain Abu Hassan Dan Red Spell Spells Red
      6. Raden Mochtar
      dan
      7. Tribute... Bujang Lapok
      Apapun, saya akan cuba siapkan satu persatu kemudian siarkan mengikut kemampuan saya terutama Panggung Wayang Di Kuala Lumpur yang terlalu ramai tidak tahu.
      Kepada CT Kassim, saya ucapkan terima kasih kerana, "moga-moga saya sihat wal-afiat".

      Delete
  7. Salam en. Mus.

    Sampena kedatangan ulangtahun kemerdekaan ke70 Malaysia boleh ke komen sikit filem produksi Jepun 1943 Marai No Tora atau Tiger of Malaya. Kerana filem ini dibuat di Singapura berlatarbelakangkan kisah penduduk tempatan (Terengganu) berbangsa Jepun bernama Tani Yutaka.

    Tani Yutaka digelar "Harimau" kerana keberanian luar biasanya oleh pengikutnya yg kebanyakan berbangsa Melayu dan mereka menentang penjajahan Inggeris dibahagian utara Malaya semasa itu. Tidak banyak info mengenai aktibi mereka atau cuba dirahsiakan oleh pihak Penjajah.

    Sejarah ditulis oleh mereka yg menang dan mereka yg kalah walaupun benar, sejarah mereka akan dipinggirkan dan cuba dilupakan dlm lipatan sejarah.

    Walaupun dikira filem propaganda Jepun tetapi agak menarik dibuat semasa zaman pendudukan Jepun (1942-1945) dimana lokasinya di Singapura (rujuk sgfilmlocations) .

    Lagi menarik terdapat lagu terang bulan versi Jepun yg melodinya serupa dgn lagu Negaraku. Adakah idea lagu Negaraku datang dari filem ini ? kerana filem tersebut menunjukan perkuburan melayu serta lambaian pokok kelapa dan pantai yg melambangkan dunia Melayu. Ini adalah satu misteri yg belum dijawab lagi hingga hari ini.

    Menariknya versi Jepun Terang Bulan lebih mirip lagu Negaraku kita berbanding lagu asal Terang Boelan Indonesia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pembetulan fakta: Ulangtahun kemerdekaan Malaya yang ke-60 bukannya ulangtahun kemerdekaan Malaysia yang ke-70. Mengenai filem "Marai No Tora" atau "Tiger of Malaya" yang ed LOkfc minta saya komen, tengoklah cara mana akan saya hurai nanti disamping bergantung kepada kesihatan saya yang kini semakin tidak menentu terutama pengkelihatan mata. Lagu asal "Terang Bulan" ("Terang Boelan") bukan dari Indonesia tetapi (difahamkan) berasal dari Perancis ciptaan Pierre Jean de Beranger yang lahir pada 1780.

      Delete
    2. Saya bersimpati dengan En. Mustafar mengenai kesihatan yang tidak menentu. Semoga kembali pulih supaya dapat memberi info yang sangat berguna dan up to date terutamanya mengenai filem Malaysia & Singapura terdulu dan terkini - Maszuin, Putrajaya.

      Delete
  8. Assalamualaikum en Mus..semoga terus dipinjamkan kesihatan yang baik untuk terus berkongsi ilmu dan maklumat..ada cadangan,jika salah mohon perbetulkan..kita sedia maklum bahawa karya P Ramlee terselit banyak sindiran dan pengajaran..mungkin kita boleh faham dan tangkap pada babak yang secara langsung menyindir kita..namun,ada sebahagian yang mungkin kita terlepas pandang atau tidak memahami maksud tersirat yang sebenar..sebagai contoh, adegan tiga bujang lapok membaca surat oleh cik ros dalam filem Pendekar Bujang Lapok adalah bagi sindiran masyarakat Melayu ttg bacaan Al Quran ( Sumber : ceramah ustaz Badlishah yang diberitahu sendiri oleh arwah Datuk Aziz Sattar kepada beliau )...saya percaya mungkin ada beberapa perkara lagi yang dikongsi bersama en Mus selaku orang yang rapat dengan beliau semasa hidup..jika ada,saya harap jika diberi kesempatan dapatlah kiranya en Mus kongsi kan kepada kami maksud tersurat sebahagian adegan dalam filem P Ramlee yg mungkin ramai tidak tahu atau terlepas pandang utk renungan bersama

    ReplyDelete
  9. Salam sejahtera En. Mustafar. Saya perhatikan FK sudah terlalu lama tak di update. Ternyata benar kesihatan En. Mustafar tak mengizinkan. Apapun, saya doakan supaya cepat sembuh supaya En. Mustafar dapat memberi info berguna mengenai filem2 lama, Saya sebagai jenerasi jauh ke depan selepas En. Mustafar perlu banyak lagi ilmu untuk ditimba terutama filem2 Melayu lama yang selama ini tidak saya ketahui kewujudannya sebagai contoh "Leila Majnun" dan "Mutiara". Oh, ya. Buku "50 Tahun Filem Malaysia & Singapura" bila nak diterbitkan - Suhara, Usm, P.Pinang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Benar FK sudah sekian lama tak di update.
      Ini kerana kesihatan saya tak menentu.
      Saya ingin membantu sekerap yang mungkin,
      tapi apakan daya keuzuran jadi penghalang.
      Bila buku "50 Tahun Filem Malaysia &
      Singapura" nak diterbitkan saya tak pasti.
      Ini ada hubungkait dengan kesihatan saya,
      takda siapa nak uruskan. anak2 tak minat.
      Terima kasih Suhara.

      Delete
  10. Salam sejahtera untuk En. Mustafar. Saya orang Sarawak. Saya umur 53 tahun, membesar dengan filem klasik Melayu semenjak Ada TV Hitam putih tahun 1973.
    Saya adalah peminat tegar filem Melayu lama. Banyak filem klasik Melayu Saya rekod dlm Astro.
    Pendapat saya kenapa filem Melayu lama begitu "evergreen" :
    1. Skrip Yang baik. Jalan cerita begitu lancar Dan tidak bercelaru.
    2. Lakonan mantap, Gaya original. Tidak buat buat. Kalau gaya Udo Omar semua org tahu, gaya Ahmad C, gaya A Shamsuddin, Gaya Birding Ahmad. Begitu unik tidak Kira pelawak atau pelakon serious.
    3. Film Editing sangat tepat. Dari satu babak ke satu babak lancar.
    4. Audio suara bercakap jelas macam kat situ, filem sekarang entah kenapa suara pelakon mcm dlm kotak.
    5. Film Director sangat berkualiti. Arahan P Ramlee terbaik, tidak kurang Pengarah filem kesukaan Saya iaitu Jamil Sulong, Omar Rojik. Cara arahan mereka sangat berkualiti. Contoh cerita Lubalang Daik, Singapura Di langgar Tidak.
    6. Scene atau babak yg Saya suka contoh :
    a. Bat Latif Di tolak oleh Babjan dirampas Dari perlukan ibu bapa Dan terus ke kapal utk Di lontar ke dalam laut.(Singapura Di langgar Tidak)
    b. Ayam kepunyaan Nordin Ahmad, Di masak oleh Latihan Omar. (Cucu Datuk Merah)
    c. Saamah si ibu Di tolak keluar oleh Dyg Sofia anak.(Sayang si Buta).
    d. Nordin Ahmad Di halau org kampung lalu Di sesali oleh Sharif Medan "Dagang Pak Kalau..."
    e. Hussein Lempoyang Di tampar oleh Salleh Kamek. (Sarjan Hassan).

    Kesimpulannya pada pendapat saya, kegemilangan filem Melayu Bermula sekitar tahun 1956, Bermula Anak Ku Sazali, sehingga 1965 Masam masam Manis. Sebab, sebelum 1956, filem zaman P Ramlee kurus, masih belum mantap coral pengarah. Selepas 1965, filem semacam Do Re Mi dll, sudah nampak kurang kualiti ya, bukan kerana P Ramlee, tapi kerana masa Di KL, budget utk pembikinan filem sudah sedikit.

    Kalau ketawa Saya filem Komedi sekarang hanya sekali, ketawa riang melihat filem Komedi P Ramlee, filem Siapa Besar boleh berulang ulang. Marah Dan geram Saya pada watak Salleh Kamil, A Rahim begitu kuat. Marah Saya pada watak filem sekarang hanya membuat Saya ketawa sinus.



    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf, typo error Di atas.
      2. Nordin Ahmad..bukan Birding Ahmad.
      5. Singapura Di langgar Todak
      6. a.Singapura Di langgar Tidak.
      E. Salleh Kamil

      Delete
  11. Sudah empat bulan blog FK sunyi tanpa entri yg segar,mungkin atas faktpr kesihatan tuan Mustafar..mudah mudahan tuan mus AR dikurniakan kesihatan yang baik dan diberi kekuatan semula untuk menulis dan berkongsi untuk peminat FK..

    ReplyDelete
  12. Saya setuju dan tertarik dengan pemilihan klips video oleh Encik Mustafar A.R. mengenai Mala Sinha. Memang benar Mala merupakan antara aktris Bollywood terjelita dan popular. Lihatlah apabila Mala menyanyi lagu "Tesveer Teri Dil Mein" bersama Dev Anand petikan dari filem "Maya". Irama lagu menarik dan penyampaian pun sangat berkesan. Saya seronok menontonnya. Dengan update yang dilakukan oleh Encik Mustafar pada 11/11/2017, diharap ini merupakan permulaan awal Encik Mustafar untuk meneruskan memberi pengetahuan mengenai filem setelah terhenti sejak 4 bulan yang lalu. Harapan saya supaya kesihatan Encik Mustafar pulih terutama pengelihatan mata. Ini kerana banyak lagi yang ada dalam pengetahuan Encik Mustafar patut dicurahkan untuk peminat-peminat filem terutama mengenai filem-filem lama atau klasik - Asrul Sani (via-emel), UiTM, Seremban 3, N9.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pemilihan klips video Mala Sinha itu dilakukan oleh Puan Zaini atas permintaan saya. Jika penglihatan mata saya semakin baik, update FK akan saya lakukan apabila keadaan membenarkan. InsyaAlah.

      Delete
  13. Bila buku ini terbit? Berapa harganya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masih belum pasti. Nak terbitkan sendiri duit tak cukup. Tunggu sesiapa mau jadi sponsor. Kalau takda tak terbitlah jawabnya.

      Delete
  14. Encik Mustafar, bila agaknya buku "Nordin Ahmad" tulisan Hidir Ali Razali akan diterbitkan? - Asykin, Putrajaya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya dah bertanya kepada Hidir Ali Razali melalui sms.
      Jawapan yang diberikan, juga melalui sms ialah:
      "Buku Nordin Ahmad sudah sepenuhnya siap. Cuma saya sedang membuat semakan terakhir dari segi fakta dan ejaan. InsyaAlah awal tahun depan saya akan lancarkan."

      Delete
  15. Dalam Celoteh Pak Mus diside blog Filem Klasik, ada tercatat masaalah penglihatan mata dan sakit lutut Pak Mus mulai beransur pulih dan pengakuan Pak Mus akan aktif semula mengendalikan FK sangat-sangat menggembirakan saya. Diharap banyak lagi info-info menarik mengenai filem-filem lama atau klasik disiarkan dalam FK yang kini pencapaiannya sudah melebihi 2,000,000 pageviews. Tahniah Encik Mustafar dan selamat berkarya kembali! - Nur Aziah (via emel), P.Pinang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada sikit pemulihan kesihatan Pak Mus. Insyaalah Pak Mus akan kembali aktif mulai Januari depan. Terima kasih Nur Aziah.

      Delete
  16. Selamat kembali berkarya Encik Mustafar dan isteri, Puan Zaini. Celoteh Pak Mus dan Sama Tapi Tak Serupa yang terdapat di side blog FK sangat menarik. Kini, saya menunggu tersiarnya cerita Ahmad Nisfu - Azura Effendi, Singapore.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih, Azura.
      InsyaAllah cerita Ahmad Nisfu
      akan muncul tidak lama lagi.
      Tunggu ya!

      Delete
  17. Ini menarik..kerana seperti yang kita tahu kisah ahmad nisfu sangat penuh dengan misteri dan tanda tanya..

    ReplyDelete