Tribute... Broery Marantika (25/6/1948-7/4/2000) "Broery, Suaramu Lunak Sekali. Rest In Peace." (Update: 20/5/2017)

Selamat Jalan (Selamat Tinggal) * Mawar Berduri * Mungkinkah * Seiring Dan Sejalan * Rindumu Rinduku
(Sumber: Silum4n * Zu Violet * Dina Aza * Universal Music * Teja RB)

Friday, April 22, 2016


KELUHAN P.RAMLEE...

LIMA TAHUN SEBELUM KE ALAM BAQA'
Teks: Hamidon Bahari
Sumber: Berita Harian, 23 Jun 1968
Foto Dari Pelbagai Sumber
Teks Tambahan & Fakta: Mustafar A.R.
Di Edit Di Semak & Di Susun: Zaini Yusop



SENIMAN AGONG TAN SRI P.RAMLEE

"Saya dah tua. Dah lama saya berlakon. Orang-orang pun dah tak suka saya lagi. Peminat-peminat saya pun semua dah kahwin dah beranak dan dah sembahayang," begitulah keluhan P.Ramlee kepada pemberita Berita Harian, Hamidon Bahari, ketika ditanya kenapa dia mahu bersara dari dunia filem.

"Pengumuman P.Ramlee itu seakan-akan tidak dapat dipercayai oleh peminat-peminatnya sebab dia bukan baru dalam dunia filem, dia telah menghabiskan masa hidupnya 20 tahun dengan berlakon, dan berlakon sudah menjadi darah dagingnya", kata Hamidon.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang keputusannya itu, di bawah ini (scrolllah) disiarkan sepenuhnya tulisan Hamidon Bahari yang tersiar dalam ruangan Laporan Seni Sekitar Tanah Ayer (Air) bertajuk P.RAMLEE BERSARA.

Bagaimanapun, artikel tersebut telah diedit oleh Zaini Yusop bersesuaian dengan keadaan semasa terutama ejaan lama ke ejaan baru dan sedikit pembetulan fakta.






Pustaka Peringatan P.Ramlee Kuala Lumpur, 21 Mei 2016.

Kini diterbitkan sebulan sekali tidak lagi dua minggu sekali.


Rawatilah penyakit anda dengan Ceragem. Insyaalah baik.







12+1 LAGU TERBAIK RAFEAH BUANG

# ULASAN & KRITIKAN___
* LEILA MAJNUN * MUTIARA * SERUAN MERDEKA * SINGAPURA DI WAKTU MALAM
* CHEMPAKA * DEWI MURNI * PELANGI * CHEMBURU
* BULOH PERINDU * IMAN * PANGGILAN PULAU * PONTIANAK
* SUMPAH ORANG MINYAK * SELENDANG DELIMA * HANG JEBAT
* LANCHANG KUNING * SELENDANG MERAH
* BAYANGAN DI WAKTU FAJAR * JAMBATAN MAUT * LAIN JALAN KA-SHORGA
* GELORA * PERMINTAAN TERAKHIR * CINTA DAN LAGU
* WUTHERING HEIGHTS * CREATURE FROM THE BLACK LAGOON
* SHANE * LOVE IS A MANY-SPLENDORED THING
* BATTLE HYMN * THE BRAVADOS * RASHOMON * CINTA PERTAMA

# 5 ARTIKEL POPULAR___
(SETAKAT 22 APRIL 2016)
PERGIMU TAKKAN KEMBALI LAGI 135,951 SEKSI SELEBRITI INDONESIA 134,730
SEKSI SELEBRITI MALAYSIA 120,554 SELAMAT PENGANTIN BARU 64,918
FILEM BOLLYWOOD TERHEBAT SEPANJANG MASA 26,318








P.Ramlee sebagai pengarah "Ahmad Albab" ketika ditemui Hamidon Bahari.

Pengumuman P.Ramlee dia akan bersara dari berlakon dalam filem seakan-akan tidak dapat dipercayai oleh peminat-peminatnya sebab, dia bukan baru dalam dunia filem dan telah menghabiskan masa hidupnya selama 20 tahun dengan berlakon yang sudah menjadi darah dagingnya.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang keputusannya itu, saya telah menemui P.Ramlee di Studio Merdeka beberapa hari yang lalu.

Ketika saya tiba ke Studio itu, penyanyi, pelakon dan pengarah P.Ramlee sedang sebuk bertugas. Dia sedang mengarahkan filemnya yang terbaru "Ahmad Albab", sebuah filem komidi ala-negara Arab.

Tetapi yang agak berbeza sedikit pada hari itu, P.Ramlee tidak begitu riang seperti selalu. Kebiasaannya, P.Ramlee suka berjenaka atau sekurang-kurangnya senyum-senyum manis bila terpandang sesiapa saja.

Pada hari itu P.Ramlee seperti orang banyak berfikir. Sambil mengarah dia banyak berhenti sambil berjalan ke hujung ke pangkal, tunduk dan memandang jauh ke depan.

"Inilah filem terakhir saya berlakon," kata P.Ramlee sesudah dia selesai bertugas tengahhari itu.

Mengapa Abang Ramlee tidak mahu berlakon lagi?

P.Ramlee yang berusia hampir 40 tahun itu dan pernah memenangi musik terbaik dan pelakon utama lelaki terbaik di Festival Filem Asia Pasifik itu menjawab dengan nada seakan-akan merajuk:

"Saya dah tua. Dah lama saya berlakon. Orang-orang pun dah tak suka saya lagi. Peminat-peminat saya pun semua dah kahwin dah beranak dan dah sembahayang."

Tetapi bintang-bintang filem di Barat banyak yang lebih tua lagi?

"Di Barat lain di sini lain", jawabnya tegas.

Setelah diam seketika dia menyambung lagi:

"Sekarang dah banyak perubahan. Dah banyak orang pandai. Mereka suka tenguk filem-filem Barat. Kalau P.Ramlee berlakon siapa nak tengok. Nanti budak-budak universiti tanya, apa kelulusan P.Ramlee tu".

P.Ramlee juga menyebut orang sekarang hidup berkelas-kelas. "Kelas satu, kelas dua dan kita ni kelas tiga."

Ditanya apakah rancangan masa depannya, P.Ramlee yang pernah menerima kurnia Ahli Mangku Negara (AMN) dari Yang di-Pertuan Agong DYMM Tuanku Syed Putra pada 1963 menjawab:

"Saya nak menjadi pengarah saja. Saya nak pakai lawa. Pakai tai. Macam Jamil Sulong. Macam Omar Rojik."

"Saya dah puas pakai baju panas dan pakai seliper hari-hari datang ke studio macam ni," katanya sambil menjinjit baju panas berleher yang dipakainya.

P.Ramlee menambah: "Lagi pun sekarang saya dah senang sedikit. Saya dah latih budak saya jadi filem editor. Kalau tidak kerja itu pun saya buat sendiri. Pecah kepala. Mana nak buat cerita. Nak buat lagu. Nak berlakon dan nak mengarah.

Tetapi kalau peminat-peminat Abang Ramlee minta berlakon lagi, macam mana?

"Sekarang pun saya dah terima banyak surat. Mereka minta saya jangan berhenti berlakon. Telefon pun banyak juga. Hari ini pun saya ada terima telefon. Dari Kedah pun ada."

Bagaimanapun P.Ramlee berkata: "Macam mana sekali pun saya nak berehat dulu. Kalau pun saya nak berlakon lama lagi atau pun kalau ada banyak permintaan."

Bila ditanya adakah dia akan mengarahkan filem-filem jenaka seperti "Ahmad Albab" ini, P.Ramlee menjawab: "Kalau boleh saya mahu mengubah corak arahan saya kepada bercorak aksyen. Saya nak kasi orang hairan pulak."

Begitu pun juga, setakat ini P.Ramlee belum memberitahu apakah filem aksyen yang nak diarahkannya itu.

Menyentuh mengenai kemerosotan filem Melayu sekarang, P.Ramlee memberi empat sebab.

1. Kejatuhan harga getah.
2. Pengaruh televisyen.
3. Filem luar negara terlalu banyak diimport.
4. Orang Melalyu tidak suka tengok filem-filem Melayu.

Ditanya mengapa dia tidak merakamkan lagu-lagu baru ke piring hitam sekarang. Penyanyi yang suaranya masih tetap sama seperti awal-awal kemunculannya dalam filem, menjawab:

"Ada. Baru-baru ini saya ada rakamkan 12 lagu. Empat lagu sudah pun keluar rekordnya.

1. "Senjakala".
2. "Bulan Mengambang".
3. "Dewi Ilhamku".
4. "Terbang Burung Terbang".

Tetapi jarang-jarang benar suara Abang Ramlee kedengaran di radio sekarang?

"Entahlah. Saya pun tak tahu kenapa," jawabnya sedih.


Sebelum "Ahmad Albab" - "GERIMIS".

Sesudah "Ahmad Albab" - "KANCHAN TIRANA".

FAKTA___

* Jarak masa antara siaran interview Hamidon Bahari (23 Jun 1968) dengan kematian P.Ramlee (29 Mei 1973), 4 tahun 11 bulan 24 hari.

* Sebelum "Ahmad Albab" P.Ramlee berlakon dan mengarahkan "Gerimis".

* Atas desakan peminat-peminatnya P.Ramlee terus berlakon dalam;
1. Kanchan Tirana
2. Bukan Salah Ibu Mengandong (arahan Jins Shamsudin)
3. 6 Jahanam
4. Di Belakang Tabir (Jins Shamsudin)
5. Dr.Rushdi
6. Gelora
7. Putus Sudah Kaseh Sayang
8. Jangan Tinggal Daku
9. Laxmana Do Re Mi

* Antara empat lagu yang disebutkan oleh P.Ramlee telah dikeluarkan rekordnya tetapi jarang-jarang dimainkan diradio ketika itu (tumpuan banyak kepada lagu-lagu pop yeh yeh), hanya "Senjakala" telah dimainkan dengan begitu indah oleh The Bolshoi Theatre Orchestra. P.Ramlee sebagai penggubah lagu dan Yusnor Ef penulis lirik.

* "Ahmad Albab" merupakan filem ke-11 lakonan dan arahan P.Ramlee di Studio Merdeka. P.Ramlee mengarah 18 filem di studio yang terletak di Hulu Kelang itu. Pertama "Si Tora Harimau Jadian" dan terakhir "Laxmana Do Re Mi".

* "Ahmad Albab" merupakan satu-satunya filem dilakonkan oleh tiga beradik - Mariani, Saloma dan Mimiloma disamping realitinya Saloma pernah bersuamikan A.R.Tompel pada April 1952 dan bercerai pada September 1952. Dalam filem ini Saloma berlakon sebagai Mastura, anak kedua A.R.Tompel. Mariani berperanan Sapura dan Mimiloma sebagai Suhara.

* P.Ramlee menang anugerah Musik Terbaik ("Hang Tuah") di Festival Filem Asia Pasifik Ke-3 di Hong Kong pada 1956 dan Pelakon Utama Lelaki Terbaik ("Anak-Ku Sazali") di Festival Filem Asia Pasifik Ke-4 di Tokyo pada 1957. Dua filem itu diarahkan oleh Phani Majumdar.

* Selain anugerah Ahli Mangku Negara (AMN), pada 6 Jun 1990 P.Ramlee telah dianugerahkan darjah Panglima Setia Mahkota (PSM) dengan membawa gelaran Tan Sri oleh Yang di-Pertuan Agong DYMM Azlan Shah. Anugerah tersebut diterima oleh anaknya, Nasir P.Ramlee. Dia menerima gelaran Seniman Agong pada 26 November 1978.

* Penggambaran "Ahmad Albab" dimulakan pada 16 Mac 1968 dan tayangan tengahmalamnya di panggung wayang Grand, Ipoh, Perak pada 24 Ogos 1968. Ertinya P.Ramlee menyiapkan filemnya itu dalam tempuh masa empat bulan.

* P.Ramlee mula berlakon dalam "Chinta" pada 1948, dan sejak itu dia telah membintangi 66 filem di tolak empat "Panca Delima", "Love Parade", "Melanchong Ka Tokyo" dan "Dajal Suchi" dimana dia sebagai bintang undangan.

# Pada Jun 1968 saya bertugas sebagai pemberita sambilan (stringer) di Utusan. Pertama kali ditugaskan ke Merdeka Studio pada Julai 1969 ketika Jins Shamsudin mengarahkan scene kereta terjunam dalam sungai untuk filem "Di Belakang Tabir" (lokasi didepan Merdeka Studio) dimana P.Ramlee sedang beraksi sebagai ASP Azman. Saya diterima sebagai pemberita di Utusan sepenuhnya pada Februari 1971.


# UPDATE AKAN DILAKUKAN DARI MASA KE MASA.





ANDA MUNGKIN JUGA MEMINATI___


FILEM KLASIK MALAYSIA
berapa banyakkah yang masih ada?


SIPUT SERAWAK
begitu kecewa gagal jadi pengarah filem

A.R. TOMPEL
lawaknya mencuit dan menggelikan hati

R. AZMI
berada dalam kamar sepi dalam kesepian

AHMAD MAHMOOD
ahmad mahmood bintang di langit seni

LATIFAH OMAR
ikon era gemilang filem melayu


SALMAH AHMAD
kejelitaannya terletak didagu, ya tak?






KONSEP PENERBITANNYA HARUS DIPUJI

Setelah diamati buku setebal 355 muka surat ini, kesimpulannya konsep penerbitannya harus dipuji kerana ia berlainan sekali dari apa yang pernah disajikan sebelum ini. Dilihat pula dari segi kesungguhan kedua-dua insan (Datuk Aziz Sattar dan Mustafar A.R.) yang pernah mengenali P. Ramlee, banyak betul perkara yang boleh kita ambil iktibar, dan 20 tahun bukan masa yang sedikit untuk mereka menyiapkan buku yang cukup bermutu ini. Memang benar karya peninggalan Seniman Agung Tan Sri P.Ramlee tiada bandingan dan sumbangannya dalam bidang seni terus abadi dan terpahat dalam minda semua lapisan masyarakat, namun di sebalik kehebatannya, buku ini yang turut menyelitkan gambar-gambar dari filem, sinopsis, ulasan dan pengalaman kedua penulis ketika pembikinan 66 filem P. Ramlee, ada memaparkan kisah menarik antaranya bagaimana P.Ramlee menceduk idea dari filem-filem luar untuk disesuaikan dengan filem-filem arahannya - KAKAK TUA.