"Tribute... S.Roomai Noor". Peranannya Memajukan Filem Malaysia Sepatutnya Di Hargai. Update: 15/3/2021

i. Nasib ii. Berdosa iii. Selamat Tinggal Kekasehku iv. Bayangan DiWaktu Fajar v. Orang Minyak
Sumber (Youtube): Hp * edLOKfc * Hp * HP * edLoKfc

Sunday, September 23, 2012


RAMALAN BINTANG: LIBRA

(23 SEPTEMBER - 22 Oktober)
Ingin Sesuatu Berjalan Sempurna?

Di Kelola Di Edit Di Semak & Di Susun
Oleh ZAINI YUSOP
Teks: Zaini Yusop & Mustafar A.R.
Foto Dari Pelbagai Sumber





ZODIAK LIBRA (23 September - 22 Oktober)

MICKEY ROONEY (23 September 1920)

ROMY SCHNEIDER (23 September 1938)

TANUJA (23 September 1943)

F. SCOTT FITZGERALD (24 September 1896)

ROSAMUND KWAN (24 September 1962)

JULIET PROWSE (25 September 1936)

FEROZ KHAN (25 September 1939)

DIVYA DUTTA (25 September 1977

WILL SMITH (25 September 1965)

CATHERINE ZETA JONES (25 September 1969)

SERENA WILLIAMS (26 September 1981)

DEV ANAND (26 September 1923)

JULIE LONDON (26 September 1926)


(Sumber: Peiraiotis56)

ANDY LAU (27 September 1961)

OLGA PUCHKOVA (27 September 1987)

BRIGGITE BARDOT (28 September 1934)

SYLVIA KRISTEL (28 September 1952)

GREER GARSON (29 September 1904)

MYELENE DEMONGOET (29 September 1936)


(Sumber: ILoveSlashyMovies)

DEBORAH KERR (30 September 1921)


(Sumber: SupportingActor)

ANGIE DICKINSON (30 September 1931)

ANNA KASHFI (30 September 1934)

JOHNNY MATHIS (30 September 1935)


(Sumber: TheOldRecordClub)

MARTINA HINGIS (30 September 1980)

ROBERT DUVALL (30 September 1929)


RAMALAN ALAM MAYA___

SIFAT umum mereka yang berbintang Libra, adalah baik hati, lemah lembut, mudah bergaul, berdiplomasi dan bekerjasama. Dengan sifat-sifat seperti itu, menyebabkan mereka selalu mengambil berat orang dipersekitarnya sampaikan kadang-kadang melupakan dirinya sendiri.

Walaubagaimana pun, selain dari itu mereka yang berbintang Libra juga memiliki sifat sebagai orang yang boleh dianggap pemalas.

Kesempuranaan, mungkin ini adalah takdir yang harus dijalankan oleh bintang Libra. Mereka selalu mahukan segala sesuatunya berjalan dengan lancar tetap cukup sempurna.

Bintang Libra selalu berusaha mencapai perasaan yang aman, damai dan tenteram. Dan dia akan melakukan apa saja untuk mencapai semuanya itu. Tetapi tanpa disedari olehnya sendiri perkara seperti itu membuat dirinya susah sendiri.

Kerana supaya tidak berselisih faham dengan orang lain, bintang Libra akan berusaha melakukan apa saja bagi orang lain hingga sampai pada tahap seperti dijelaskan sebelumnya, bahawa itu akan merugikan dirinya sendiri, memang kenalah logonya timbangan.

Contohnya yang paling baik adalah ketika bintang Libra jatuh cinta, dalam ramalan sudah dikatakan bintang Libra, walaupun sudah mengetahui kesalahan pasangannya, dia akan menyembunyikan hal itu dan mencuba menipu diri sendiri, itu tidak pernah berlaku. Bintang Libra memang ditakdirkan lebih mementingkan keluarga.

Kerana begitu cintanya dengan keluarga, bintang Libra akan menjadikan rumah seperti syorga bagi diri mereka. Kerana dalam rumah ini, bintang Libra akan memperlihatkan keindahan dan kemewahannya.

Namun ada juga berlaku sebaliknya dalam ramalan untuk bintang libra. Walau mereka begitu mementingkan pasangannya, namun begitu apabila putus cinta, mereka akan mudah melupakannya.

Inti dari sifat bintang libra, ialah mereka benar-benar memperhatikan manusia di disekelingnya dan membandingkan antara satu dengan yang lain.

Bintang libra juga memiliki ramalan tentang tubuhnya. Terutama mengenai kelemahan tubuh mereka iaitu dalam 3 bahagian iaitu kepala, mata dan ginjal.

Karier, apa yang terjadi dengan ramalan bintang ini?

Mereka sangat suka pekerjaan yang memerlukan banyak kerjasama. Anggap saja bintang Libra akan berniaga. Maka mereka akan mencuba partner atau teman yang mahu diajak bekerjasama.

Karakter: Tradisional.

Diplomasi: Romantik dan segak.

Sosial: Idealistik dan senang berdamai.

Lain-lain: Mudah berubah, mudah dipengaruhi dan tidak serius.


JULIE ANDREWS (1 Oktober 1935)


(Sumber: EqualMac)

GEORGE PEPPARD (1 Oktober 1928)

MAHATHMA GANDHI (2 Oktober 1869)

AZIZ M. OSMAN (2 Oktober 1962)

SUSAN SARADON (4 Oktober 1946)

RICHARD GORDON (5 Oktober 1925)

HAN HYE-JIN (6 Oktober 1981)

CAROL LOMBARD (6 Oktober 1908)

JUNE ALLYSON (7 Oktober 1917)


(Sumber: GloryHame)

A.R. ISMAIL (8 Oktober 1929)

SIGOURNEY WEAVER (8 Oktober 1949)

RANO KARNO (8 Oktober 1960)

ZULKIFLI ZAIN (8 Oktober 1946)

JOHN LENNON (9 Oktober 1940)

HELEN HAYES (10 Oktober 1900)

STELLA STEVENS (10 Oktober 1936)

GIGI LAI (10 Oktober 1971)

OGY AHMAD DAUD (10 Oktober 1962)

ELEANOR ROOSEVELT (11 Oktober 1884)

ISMAIL MAHMUD (11 Oktober 1944)

DICKY ZULKANAEN (12 Oktober 1939)

YVES MONTAND (13 Oktober 1921)

MARGARET THATCHER (13 Oktober 1935)

ROGGER MOORE (14 Oktober 1928)

SARAH FERGUSON (15 Oktober 1959)


RAMALAN BINTANG TIMUR___

LIBRA satu-satunya bintang yang bukan makhluk hidup, yang lain biasanya termasuk manusia atau binatang. Banyak pebintang modern mengatakan Libra mewakili tingkat tertinggi dari semua musim, ketika penuaian dari semua kerja keras yang dilakukannya.

Bintang Libra biasanya paling beradab dibandingkan keduabelas karakter zodiak dan biasanya berpenampilan menarik. Mereka elegan, dan memiliki citarasa tinggi, biasanya baik, lemah lembut dan pecinta kecantikan serta harmonis.

Mereka sangat kritis dan dengan mudah dapat melihat suatu masalah yang tidak adil. Namun mereka tidak menoleransi argumen dari siapapun yang bertentangan dengan pendapat mereka, ketika mereka sudah sampai ke satu kesimpulan. Karakter mereka biasanya seimbang dan berdiplomasi.

Bintang Libra sangat sensitif terhadap keperluan terhadap orang lain, memiliki emosianal yang tinggi dari pasangannya. Fikiran yang dimiliki orang Libra biasanya artistik dibandingkan kecerdasan, meskipun biasanya mereka modern dan lebih seimbang dari segi artistik.

Dari segi personaliti, mereka menunjukan pengertian terhadap pandangan orang lain, mencuba memecahkan semua perbezaan yang ada, dan seringkali kesalahan ditujukan pada dirinya yang menyebabkan kerugian pada dirinya sendiri.

Karakter negatif bintang Libra ialah mudah dipengaruhi, tidak menyukai kerja berulang-ulang.

Dalam pekerjaan mereka sering digelar si "Libra Pemalas". Orang Libra terkadangkala dapat secara mengejutkan menjadi energik. Mereka dapat berjaya sebagai pentadbir, pengarcara, pengedar barang antik dan akauntan bank.

Beberapa orang Libra memiliki bakat dalam rekaan fesyen atau kosmetik; yang lain dapat berjaya sebagai artis, pencipta lagu, pengkritik, pendidik, penulis, perekabentuk dalaman (interior design).

Masalah kesehatan yang mungkin ditemui.

Orang Libra harus menjaga tubuh bahagian bawah belakang, dan ginjal. Mereka harus menjauhi minuman atau makanan tidak sehat, yang mungkin menyakiti ginjalnya.

Suka: Segala hal yang baik dalam hidup. Bertolak ansur. Kelembutan.

Tidak Suka: Kekerasan. Ketidakadilan. Menjadi budak suruhan.

MASALAH YANG MUNGKIN MUNCUL dan PENYELESAIANNYA:

Seperti juga dengan bintang-bintang yang lain, kita semua memiliki karakter yang unik. Ketika karakter ini muncul, tanpa disedari, biasanya dibelengu dengan masalah.

Namun, dengan astrologi kita dapat mempelajari masalah yang mungkin muncul dan mencari solusi yang sesuai berdasarkan karakteristik bintang kita.

Sebagai seorang Libra Anda mungkin sering menemukan hal-hal dibawah ini. Cuba gunakan solusi (penyelesaian) yang ditawarkan, biasanya Anda akan terkejut dengan hasil yang ada.

Masaalah: Anda sering terjebak dalam keadaan dimana Anda merasa hubungan Anda tidak bererti.

Penyelesaian: Cuba untuk tidak berpura-pura merasakan apa yang Anda tidak punya dan cari cara untuk mensyukuri apa yang sudah terjalin; lihat sebelum Anda melompat.

Masaalah: Anda merasa tidak menyukai diri Anda, kerana sering tidak boleh menyenangkan orang lain.

Penyelesaian: Jika Anda belajar bagaimana mahu menyenangkan diri sendiri tanpa memedulikan orang lain, maka Anda akan dapat menyenangkan orang lain.

Masaalah: Merasa Anda bukan apa-apa: tindakan Anda membuat orang lain kecewa.

Penyelesaian: Cuba bangunkan perasaan menghargai diri dengan menekankan secara yang positif.

Beberapa fakta menarik tentang bintang Libra Anda:

Simbol bintang yang dilibatkan ke bintang Anda ialah timbangan. Mewakili keseimbangan yang secara terus menerus Anda cari dalam diri Anda dan kehidupan.

Planet: VENUS

Nombor: 7

Warna: BIRU

Hari Yang Beruntung: AHAD

Batu bintang Anda ialah SAPPHIRE (NILAM) yang berharga. Sapphire adalah salah satu dari batu yang paling menakjubkan. Dikatakan akan memberikan keuntungan dan boleh menyembuhkan beberapa penyakit.

Pasangan Serasi: Gemini, Leo, Aquarius, Sagittarius.

Pasangan Tidak Serasi: Taurus, Virgo, Scorpio, Pisces.


LINDA DARNELL (16 Oktober 1923)


(Sumber: MellowOw)

ANGELA LANSBURY (16 Oktober 1925)

ARTHUR MILLER (17 Oktober 1915)

SUSAN HAYWARD (17 Oktober 1918)


(Sumber: Felixxxx999)

MONTGOMERY CLIFT (17 Oktober 1920)

MARGOT KIDDER (17 Oktober 1949)

UMMI KALTHUM (18 Oktober 1934)

GEORGE C. SCOTT (18 Oktober 1927)

VINOD KHANNA (18 Oktober 1946)

KATE WINSLET (18 Oktober 1975)

MARTINA NAVRATILOVA (19 Oktober 1956)

BELA LOGUSI (20 Oktober 1882)

HEMA MALINI (20 Oktober 1948)

CARRIE FISHER (21 Oktober 1956)

FRANZ LISZT (22 Oktober 1811)

JEFF GOLDBLUM (22 Oktober 1952)

ANNETTE FUNICELLO (22 Oktober 1942)


RAMALAN PAK BELALANG___

MEREKA yang berbintang Libra yang terkenal dengan sifat lemah lembutnya akan mengalami banyak cabaran yang merupakan masaalah. Bermacam 'problem' baik peribadi atau pun keluarga sering mengganggu dari masa ke masa.

Tetapi berkat kesabaran dan 'cool' yang memang dianugerah oleh Tuhan yang Maha Esa kepada mereka yang bernanungkan di bawah lambang dacing ini, segala masaalah dapat diselesai dan dibereskan walaupun kadang-kadang terpaksa mengorbankan segala-galanya.

Boleh dianggap dan diterima tahun ini sebagai tahun menangis bagi mereka yang berbintang Libra. Dari sudut percintaan pula, sukar untuk ditentukan samada mereka berjaya atau pun tidak. Ini disebabkan fikiran orang dacing ini sentiasa terumbang ambing. S angat susah bagi mereka untuk mengambil sebarang tidak dalam masaalah tersebut.

Sungguhpun, kewangan nampaknya bukanlah 'problem' yang besar, tetapi sedikit sebanyak akan terjejas kerana menyelesaikan masaalah yang pasti wujud. Semangat romantik mereka pun kini sudah jarang kelihatan.

Dua bulan terakhir menjelang 2013, barulah mereka yang berbintang Libra, menampakkan kecerahan kerana terdapat beberapa orang yang bersimpati dan bersedia pula membantu. Dan, bagi mereka yang bergiat dalam bidang sukan, barulah mereka ada semangat untuk meneruskannya.

Mereka yang bebintang Libra, tidak boleh dan berani membuat keputusan sendiri, dan sering takut-takut dalam melakukan tindakan walaupun mereka berada dipihak yang benar. Inilah sikap dan sifat Libra boleh dianggap sebagai tidak tegas atau konsisten. Bagaimanapun, sikap dan sifat tersebut berada dilandasan yang betul menjelang tahun depan.

Adalah sangat bermanfaat sekiranya mereka yang berbintang Libra mencari teman baik dilaksanakan dipenghujung tahun ini disebabkan diwaktu itu seolah-olah pintu untuk kejayaan dari segi percintaan terbuka luas.

Kelemahan bintang Libra yang sangat nyata ialah mereka terlalu sangat bergantung kepada orang lain dan bukanlah perkara mustahil ada di antara mereka ini yang akan kecewa dan menggigit jari setelah ayam tambatan disambar helang yang lebih ganas.

Dalam pada itu, beberapa keanehan akan berlaku dalam kehidupan mereka yang berbintang Libra sepanjang tahun 2012 ini. Bagaimanapun, ada di antara mereka yang tidak menyedarinya apatah lagi, keanehan itu bukanlah merosakkan rancangan yang mereka telah aturkan.

Ia cuba satu keanehan yang hanya akan dapat dirasakan jika benar-benar diperhatikan atau mereka yang sensitif. Ada pula di antara kenehan tersebut membawa keuntungan. Ini kerana dari apa yang dapat dilihat, orang Libra sangat murah rezeki. Ada-ada saja peluang untuk menambahkan pendapatan.

Mereka yang berbintang Libra juga, boleh menjadi pemboros jika tidak ada orang yang membantu dan menegur. Begitu pun juga, kerana mereka sentiasa disayangi oleh kekasih dan keluarga, mereka dapat mengelak diri sikap pemboros itu.

Pada keseluruhannya, diramalkan dari berbagai sudut dan suasana serta keadaan, baik cinta mahupun karier, semuanya berjalan dengan baik dan memuaskan dengan syarat adanya tolakansur di antara mereka bukan saja terhadap bintang yang sama tetapi juga dengan bintang-bintang yang lain.

Pendekata, inilah tahun (2012) yang mudah saja untuk mereka yang berbintang Libra mencapai kejayaan. Apabila cinta sudah berjaya, kerjaya pula memuaskan, tidaklah ada lain perkara yang lebih menyeronokkan dalam dunia ini.

Libra (Lelaki)

Anda sewaktu di ranjang menjadi pengalaman yang tidak boleh dilupakan. Anda merasa perlu memuaskan pasangan Anda walaupun diperlukan sepanjang malam untuk itu. Anda mencintai kecantikan di segala aspek kehidupan, termasuk wanita.

Anda menggunakan kewibawaan dan kepandaian luar biasa sebagai senjata dan Anda adalah ahlinya dalam menjalankan peranan. Ketika datang waktunya untuk mengambil tindakan, sikap yang tidak boleh memutuskan Anda sering muncul. Anda mulai mempertimbangkan pro dan kotra dan jika memiliki keraguan Anda mulai bermain seakan-akan menjadi korbannya.

Anda sangat tidak suka menyakiti orang lain dengan sengaja yang menaruh Anda dalam belas kasihan pasangan. Anda akan memberi tindakbalas dengan pujian. Anda menyukai wanita di umur yang muda. Anda biasanya memilih wanita dengan keadaan menarik, berambut panjang dan berbibir basah.

Libra (Wanita)

Anda diperhatikan kerana kecantikan Anda. Anda selalu memperhatikan pakaian, sikap dan memberikan sentuhan elegan di sekeliling Anda. Tujuan Anda adalah lebih di puja oleh lelaki namun jika dia meneruskan menaikkan egomu, Anda akan menunjukkan kepadanya bagaimananya matangnya Anda dalam bercinta.

Anda cenderung memilih lelaki yang berartistik, namun pasangan Anda harus pandai memujuk Anda dengan puji-pujian untuk membuat Anda tetap ceria dan bahagia.


Lain-Lain Selebriti Malaysia Yang
Bernaungkan Bintang Libra:

* SONNY ABDULLAH
* RAMLY ABU BAKAR
* R. JAAFAR
* SUHAINA YAHYA
* LAI JOO LIAN
* JAAFAR ABDULLAH
* ZUBIR ALI


# Update akan dilakukan dari masa ke masa.



ANDA MUNGKIN JUGA MEMINATI___


FILEM KLASIK MALAYSIA

berapa banyakkah yang masih ada?


10 FILEM BOLLYWOOD HEBAT SEPANJNG MASA

top 10 bollywood films all time


REVOLUSI ISLAM DAN FILEM IRAN
"a separation" meningkatkan martabat negara iran


CECILIA CHEUNG
foto-foto lucahnya menggemparkan hong kong


CINTA DAN LAGU
satu-satunya filem musikal wujud di malaysia

PERGIMU TAKKAN KEMBALI LAGI
tapi jasamu tetap dikenang dan dihargai...

TRIVIA "PERMINTAAN TERAKHIR"
ciplakan filem hong kong "susanna"


FILEM-FILEM BARU DI PANGGUNG WAYANG___






















KONSEP PENERBITANNYA HARUS DIPUJI

Setelah diamati buku setebal 355 muka surat ini, kesimpulannya konsep penerbitannya harus dipuji kerana ia berlainan sekali dari apa yang pernah disajikan sebelum ini. Dilihat pula dari segi kesungguhan kedua-dua insan (Datuk Aziz Sattar dan Mustafar A.R.) yang pernah mengenali P. Ramlee, banyak betul perkara yang boleh kita ambil iktibar, dan 20 tahun bukan masa yang sedikit untuk mereka menyiapkan buku yang cukup bermutu ini. Memang benar karya peninggalan Seniman Agung Tan Sri P.Ramlee tiada bandingan dan sumbangannya dalam bidang seni terus abadi dan terpahat dalam minda semua lapisan masyarakat, namun di sebalik kehebatannya, buku ini yang turut menyelitkan gambar-gambar dari filem, sinopsis, ulasan dan pengalaman kedua penulis ketika pembikinan 66 filem P. Ramlee, ada memaparkan kisah menarik antaranya bagaimana P.Ramlee menceduk idea dari filem-filem luar untuk disesuaikan dengan filem-filem arahannya - KAKAK TUA.








1 comment:

  1. Secara tidak sengaja saya terjumpa blog FK ini, dan sangat tertarik dengan artikel-artikelnya terutama Ramalan Bintang. Nak tanya, kenapa Libra dan Virgo saja Encik Mustafar dan Puan Zaini? Saya harap dapat diteruskan dengan bintang-bintang yang lain. Saya berbintang Cancer, buatlah mengenainya ya! Bolehkan? - Rosie, Woodlads, S'pore.

    ReplyDelete